Monday, January 11, 2016

Halo. Its me

Assalamualaikum wbt.

Okay. Sangat awkward. Last post aku dekat blog ni adalah pada Jun 14, 2014. Masa tu aku form 5, tak habis SPM lagi. Hahaha jom gelak lagi!

Actually aku tengah cari points nak siapkan task. Suddenly teringat blog berhabuk aku yang dekat setahun lebih tak jenguk ni. Masih berseri-seri macam dulu lagi. Fuhhh

And now tahun 2016, aku baru tercecah 19 tahun. Gelak lagi! Start blogging daripada umur 11 tahun// darjah 5. Alhamdulillah still survive until now. Alhamdulillah alhamdulillah.

Rasanya aku dah spend lebih masa jugak kat sini haha. Few things tak settle lagi. Got to go. Aku tahu takkan ada siapa baca post ni. Mana ada orang ingat dah blog berhabuk ni, even tuan dia pun tak ingat. Hahaha

Alright, till then.
Lidda :)


Nothing Much Than You . Thanks (:

Thursday, June 12, 2014

Baik.

Salam.
Buat semua yang aku kenal.
Buat semua yang kata sayang.
Buat semua yang bilang rindu.
Buat semua yang terpaku dalam doa.

Disini--
Aku mau cakap yang hidup ni tak semua mudah.
Aku mau bilang yang nafas ni tak selamanya wangi.
Aku mau kata yang hati ni tak selalu teguh.

Jadi--
Bagi kau yang kuat itu, teruskan utuh dan pasak kuat pada bumi.
Bagi kamu yang wangi tu, teruskan sebar wangian itu kepada setiap pelusuk hati.
Bagi awak yang hebat itu, jangan lupa tiada yang lebih hebat dari Sang Khaliq.

Tetapi--
Terpulang pada kau yang selamanya nak tunjal hati aku.
Terserah pada kau yang rasa bagus semegah dengan hidup kau.

Sebab--
Sompek aku yang terlihat ni, hanya Khaliq dan aku yang rasa peritnya.
Buruk aku yang tercalar ni, hanya Dia dan aku yang rasa penat sentalnya.
Cela aku yang terkesan ni, hanya Esa dan aku yang rasa parutnya.

Lagi--
Aku nak bangun.
Aku nak bangun.
Aku nak bangun.

Kau--
Tolong pahat doa untuk aku.
Mohon sentap aku dari dosa.
Jangan hina aku kerana itu menyeksa.

Akhir sekali--
Aku tak larat nak terleka lagi.


Nothing Much Than You . Thanks (: