Thursday, June 12, 2014

Baik.

Salam.
Buat semua yang aku kenal.
Buat semua yang kata sayang.
Buat semua yang bilang rindu.
Buat semua yang terpaku dalam doa.

Disini--
Aku mau cakap yang hidup ni tak semua mudah.
Aku mau bilang yang nafas ni tak selamanya wangi.
Aku mau kata yang hati ni tak selalu teguh.

Jadi--
Bagi kau yang kuat itu, teruskan utuh dan pasak kuat pada bumi.
Bagi kamu yang wangi tu, teruskan sebar wangian itu kepada setiap pelusuk hati.
Bagi awak yang hebat itu, jangan lupa tiada yang lebih hebat dari Sang Khaliq.

Tetapi--
Terpulang pada kau yang selamanya nak tunjal hati aku.
Terserah pada kau yang rasa bagus semegah dengan hidup kau.

Sebab--
Sompek aku yang terlihat ni, hanya Khaliq dan aku yang rasa peritnya.
Buruk aku yang tercalar ni, hanya Dia dan aku yang rasa penat sentalnya.
Cela aku yang terkesan ni, hanya Esa dan aku yang rasa parutnya.

Lagi--
Aku nak bangun.
Aku nak bangun.
Aku nak bangun.

Kau--
Tolong pahat doa untuk aku.
Mohon sentap aku dari dosa.
Jangan hina aku kerana itu menyeksa.

Akhir sekali--
Aku tak larat nak terleka lagi.


Nothing Much Than You . Thanks (:

0 hati berbunga: