Wednesday, November 27, 2013

Cuma berbasa


Assalamualaikum wbt.




Salam sebarkan bahagia, ustazah fatimah syarha kata.
Aku pula kata, salam sental dosa.

Mahu berbasi, sesungguhnya kan, aku masih buntu.

Diarah sana ada sekumpulan wanita berjubah, bertudung labuh (ustazah) -
Ada juga yang berniqab. Mata mereka bundar. Memang cantik sekali.

Kemudian diarah satu lagi, sekumpulan wanita berblaus labuh-
Ada corak bunga-bunga kecil, memakai palazzo serta selendang labuh-
Dililit cantik. Memang manis sekali.

Lalu aku bertanya kepada diri, "Yang mana harus diikuti?"
Lalu aku dengar ketukan dalam hati, "Dua-duanya baik, aku pasti InsyaAllah."

Bila kedengaran perkataan tabarruj, wassatiyah dan rukhsah,
Sekali lagi aku persoalkan, "Lalu mana yang lebih baik?"

Jika ustaz itu, terusan berkata, "Mana boleh itu! Tabarujj! Dosa!"
Muncul pula ustazah itu kata, "Tidak, Islam ada rukhsah."
Jujur, aku sokong kedua-duanya.

Sampailah aku hadam kata-kata ajaib seorang muslimah yang-
Aku boleh kira dia seorang yang lembut tuturnya, manis rupanya.

"Lain orang lain pendapat. Asalkan semuanya dalam daerah pahala."

Aku tersenyum.

Apa mahu digaduhkan, kalau niat sudah Lillahi Taala-
Matlamat sudah jelas, pegangan sudah kemas,
Cara Islam sudah diambil seeratnya,
InsyaAllah, segalanya menuju redhaNya.


Nothing Much Than You . Thanks (:

0 hati berbunga: