Tuesday, November 27, 2012

Ini bukan malam keliwon...

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum sohabatie yang cecomel disana! Gah! Aku masih dalam mood excited untuk menaip! So apa cerita aku hari ni? Tiba-tiba letak title seram seram manja pulak kan. Ok meh aku start cerita kenapa tetiba aku suka benda seram macam ni. Tenenenene...

Serious talk, aku dari dulu memang tak suka baca cerita hantu, tengok movie atau terlibat dengan paranormal activity. Tapi sejak aku punya partner in crime AA tunjukkan kesungguhan dia dalam bidang ni, so aku pun berjinak-jinak lah kan. First, aku search pasal kes Mona Fandey. Aku tak tahu kenapa aku ni berani sangat korek cerita pasal dia *meremang bulu roma i noks*. Siapa yang pergi buat paranormal activity kat rumah kayangan dia memang, ok jangan berani jangan takut sangat.

Next, aku terjumpa pasal kisah si Emily Rose. Alah banyak barang macam beg, dompet and so on guna gambar dia. Ala ala ala, gothic lah gambar dia. Dulu masa sekolah rendah selalu sangat nampak budak pakai  barang this girl. Tapi al kisah si pemilik nama tu hangpa tahu dok? Dia mati akibat kerasukan. Muka dia kena rasuk siang pun aku tak berani tengok. Lihatlah bahawa aku ni penakut sebenarnya.

Aku tak pastilah masa aku baca pasal Mona Fandey or Emily Rose, tiba-tiba aku punya belakang tak boleh lurus. Aku rasa berat semacam. Masa tu partner in crime aku pun tengah sibuk menelaah jugak pasal depa ni. Aku diam lepastu aku baca Ayat Kursi. Alhamdulillah, lepastu dah boleh lurus belakang aku. Since that, aku dah start fikir, perlu ke aku gali cerita pasal depa ni? TengTengTeng~

Ok kisah seterusnya ni berlaku kepada diri aku sendiri. Kejadian berlaku pada Jumaat malam ye bukan malam Jumaat. Alah kira malam Sabtu lah. Masa tu aku dengan partner in crime aku LI sleepover rumah AA kat Kedah. Diikutkan cerita, sebelah rumah AA, ni ada 'penjaga' tapi tuan dia dah meninggal so depa ni tak bertuan lah sekarang. Tapi rumah tu dah ada penghuni. Pelik den.

Dalam pukul 8 malam macam tu kitorang sampai rumah AA sebab sebelum tu pergi makan jap. Nasib baik iols boleh jamak ;D Kitorang balik tu tak ada lah penat sangat sebab tak lewat pun kan. Disebabkan kitorang berani level 1, so kitorang pun marathon movie, horror movie lah, The Cabin In The Wood. Dia tak ada lah seram cuma kejam je manusia dalam cerita ni.

Masa tengok tu kitorang tutup lampu, konon nak bagi feeling lah kan. Masa tengok tu ok je nothing happened cuma tetiba LI punya belt jatuh dari katil. Maybe LI tersepak kot *yakin*. Kitorang sebenarnya tak makan lagi, dalam pukul 12.30 pagi tu, AA ajak turun makan. AA turun dulu kemudian baru diikuti oleh aku dan LI.

Masa LI nak tutup pintu, masa tu bilik AA dah gelap sebab nak keluar bilik kan so tutup jelah lampu. Dan masa tu jugak, aku terdetik nak tengok LI dah tutup pintu ke belum. Masa aku tengok tu, aku nampak belakang pintu ada benda putih tinggi. Tinggi sama dengan aku kot sebab aku nampak dia belakang LI. Aku tak nampak muka dia sebab dia macam menyorok belakang pintu. Aku pun terkesima and acting macam biasa lepastu ajak LI turun.

Bila dah habis makan, kitorang naik lah balik nak tidur kan. Bagus betul anak dara tidur lambat makan lambat mana tak gemuk. Cis. Ok, back to the story. Balik je bilik, aku terus check belakang pintu bilik AA mana tahu AA sangkut telekung aku belakang pintu dia ke. Nak tahu apa aku nampak? NOTHING! Tempat sangkut pun aku tak nampak belakang pintu tu. Telekung aku? Terlipat elok atas katil.

Aku cuba tenangkan diri malam tu act macam aku tak nampak apa-apa lah padahal dalam hati Allah je yang tahu gemuruh aku. Aku cakap dengan AA & LI aku nak tidur awal sebab mengantuk sangat. Lagipun dorang nak sambung marathon horror movie; The Smiley. Tapi tak menjadi jugak sebab LI boleh pulak terlelap dulu lepas tu boleh pulak mengigau -__- kecut perut i.

Bilik AA bila tutup lampu memang gelap gila tak nampak apa. Serious talk, I told you. Memang malam tu nak tidur aku asyik tekan punat phone je bagi dia keluarkan cahaya. Lepastu AA tanya aku, "Asal weh? Takut ke?", aku senyap je lepastu aku gelak kecil walaupun benar apa yang AA cakap tu. Cit.

Alhamdulillah aku tidur malam tu dengan lena sekali. Dan malam tu adalah malam terakhir aku tidur kat rumah AA setelah 4 hari aku berkampung di Kedah. Kawan AA, AE bawak kitorang pergi satu tempat ni. Serious sunyi. Meremang bulu roma aku. Baru lalu, belum buat paranormal activity lagi. Kehkehkeh.

Before aku letak titik dekat post aku kali ni, meh aku selitkan satu gambar bagi dramatik sikit. Kecing~

Ni lah The Smiley tu. "It's all about the LULZ" Kehkehkeh

Goodbye.

Nota kaki: AA kata entah-entah 'benda' tu movie marathon dengan kitorang sekali. Kehkehkeh


Nothing Much Than You . Thanks (: