Friday, December 14, 2012

Edited: Pakai tudung bidang 60, kau ustazah!

Assalamualaikum sahabat.



Maaf. Hari ni aku akan update secara emosi. Emosi terpendam kaw kaw punya. Mengharapkan kau, kau, dan kau akan faham apa aku nak sampaikan. Aku mintak maaf awal-awal kalau telinga hampa bernanah.

Aku pelik. Bukan, bukan aku yang pelik, fikiran aku yang pelik sebab terpaksa hadam apa orang kata. Aku ada pertanyaan ringkas seringkas ringkasnya, maaf aku tipu tak ringkas sangat. Jujur, tolong jawab. Kalau kau nampak muslimah bertudung labuh bulat atau muslimah berniqab, apa terlintas dalam fikiran kau? Ustazah? Orang Alim? Takde dosa?

Typical thinking. Tak salahkan kau tapi aku pun dulu macam tu. Cuma apa kata zaman dah moden, remaja dah "UP-TO-DATE", kita tukar persepsi otak kanan dan kiri kita ni? Ya, memang kita dah disuap dengan fikiran begini sejak dulu lagi. Lepastu kita kan 3 suku sikit so main hadam jelah kan?

Aku tak faham sebenarnya bila orang semua expect muslimah yang pakai tudung labuh bidang atas 45 semua  ilmu penuh kat dada campur otak campur bagpack campur tudung campur niqab? Lepastu bila depa kata depa tak tau pasal soalan tu atau tak boleh jawab kau nak melenting bagai nak rak?! Apa kau expect sebenarnya haa?! Kau nak cakap takde ilmu tak layak pakai labuh labuh tu semua? Pemikiran apa ni.

Wahai kau, hanya pesanan ringkas dari hamba hina lagi jahil ni, menutup aurat dengan SEMPURNA, aku ulang dengan penuh sopan, SEMPURNA, adalah kewajipan semua wanita Islam. Wajib! Tak ada kompromi. Tak pernah ada mana-mana orang alim kata yang berilmu itu yang bertudung labuh. Jujur, ada saja yang tak bertudung atau bertudung yang ilmunya jauh lebih tinggi daripada yang bertudung labuh, tapi kenapa harus kategori kan guna TUDUNG?

Pertanyaan yang sering orang bertudung labuh terima, "Sekolah agama mana?". Waduh, adakah seorang muslimah yang bersekolah agama saja yang layak bertudung labuh? Rasa macam panahan api tertusuk dekat jantung dan limpa.

Aku tahu bagi sesetengah orang muslimah bertudung labuh dan berniqab ini pelik. Ganjil. Tapi bukankah Islam datang dalam keadaan ganjil? Bila jalan dikhalayak ramai, orang pandang serong. Lagi-lagi kalau niqabis. Orang takut. Ada orang kata mereka ekstrim agama. WADUH?! EKSTRIM? Bukankah niqab itu pakaian isteri-isteri Nabi?

Dan, aku tahu, orang tak suka dengar teguran daripada budak 'biasa-biasa'. Bagi dorang, siapa nak menegur haruslah seorang ustaz atau ustazah atau seorang dai'e. Seorang yang bertudung labuh bulat. Seorang yang berkopiah. Cukup syarat? Orang akan dengar teguran kau. Ya Allah, apa nak jadi dah ni?!

Wahai kau, tolong jangan bersikap prejudis terhadap wanita Islam.

Wahai kau, tolong jangan herdik tudung itu, dia tak bersalah.

Wahai kau, Islam itu indah, tapi jangan disebabkan kata-kata kau yang kurang indah tu menjadikan Islam dipandang tak indah.

Wahai kau, ilmu agama tak akan pernah mencukupi. Makin kita makan, makin kita lapar.

Wahai kau, jaga perkataanmu.

Wahai kau, aku minta maaf kerana berkasar.

Assalamualaikum.




Nothing Much Than You . Thanks (:

0 hati berbunga: