Saturday, January 26, 2013

Niat pertama. Niat kedua.

Assalamualaikum wbt sahabat..


Situasi 1:

*sedang solat*

"Hush, khusyuknya dia solat!"

"Aku ke?" (monolog dalaman)

Situasi 2:

*pakai tudung labuh*

"Woo ustazah tu weh!"

*senyum* "Dia panggil aku ustazah?" (monolog dalaman)

Situasi 3:

*bercakap pasal agama*

"Wah, banyaknya ilmu awak!"

"Hahahaa mana ada." (balas balik)

----------------------------------------------------------------------------------

Sungguh, jangan lempar aku dengan pujian. Aku manusia jahil. Aku manusia yang susah lekat pada perkataan 'istiqamah'. Aku manusia yang leka. Aku manusia yang mudah terbang ke awan dengan pujian. Aku manusia yang mudah berubah niat. Aku tak mahu niat yang kedua. Aku hanya mahu yang SATU.

Sungguh, apa yang kau lihat diluaran, tidak membuktikan bagaimana aku didalam dan bagaimana aku sebelum ini. Aku sendiri malu melihat aku yang lalu. Melihat betapa bangganya aku dulu dengan kehidupan jahiliyah aku.

Kita berhijrah bukan sekali. Tapi berkali-kali sebenarnya. Sebab kita tak mampu nak istiqamah. Sebab kita mudah terbuai dengan hasutan duniawi. Sebab kita termakan dengan kata--kata pujian.

Sungguh, aku mahu bersedia dengan kutukan, hinaan, perlian. Kalau itu yang mampu membangkitkan aku dari terjelepuk dalam lembah pujian yang akan membunuh diri aku. Aku tahu hinaan itu pedih. Tapi bukankah setiap kepedihan ada ubatnya? La Tahzan. Allah  sentiasa bersama kita :D


Nothing Much Than You . Thanks (:

0 hati berbunga: