Monday, March 25, 2013

Secebis kain itu..

Assalamualaikum wbt sohabaties :D



Gadis itu, bersama secebis kain hitam, tampak kelam dari jauh. Apa yang dia ada?
Dia ada masa silam. Dia ada kisah jahilnya. Dia ada apa yang semua manusia ada.
Ketika semua manusia berlumba-lumba dengan tabbaruj, dengan fesyen serangga perosak,
Gadis itu tenang berjalan di jalanannya. Di permukaan rumput, di bawah sinaran matahari.
Terik.
Mungkin juga serik.
Serik dengan sekeliling. Tidak, dia tidak salahkan dunia. Bukan juga seluruh penghuninya.
Hanya sesetengah. Dan sesetengah itu lah punca ianya rosak. Punah segala.
Niatnya lurus, dari solat hingga aurat hingga seluruh ibadahnya, hanya untuk Allah. Untuk Dia.
Kasihnya, cintanya, sayangnya, hanya untuk yang berhak. Hanya untuk yang sepatutnya.
Perilakunya, gerak langkahnya, tutur katanya, memang membuktikan niatnya.
Menyelusuri deretan kedai. Di sisi kanan, berderet juga cermin-cermin.
Di pandang ke arah sana, dilihat sekumpulan wanita disakat nakal lelaki-lelaki budiman jalanan.
Heran. Gadis ini bertudung. Wanita yang disakat disana pun bertudung.
Lalu apa yang menyebabkan wanita disana senang dipandang lelaki?

Jamnya ditilik. Tepat pukul 1 petang. Zuhur, sekejap lagi. InsyaAllah.
Sambil menunggu bas, yang perutnya petak, yang isinya manusia, ya manusia lagi.
Jarinya yang disarung glove muslimah berfabrik spandex, perlahan-lahan skrin tablet nya di scroll.
Dia mendengus. Malu. "Tahukah mereka fitnah akhir zaman memang mudah timbul?"
Kata-kata itu, meniti di lubuk fikirannya. Fitnah sana, fitnah sini.
Fitnah itu kadang-kadang bukan keluar dari mulut tukang fitnah.
Tetapi diri sendiri yang gedik menimbulkan fitnah kepada diri. Lalu kepada siapa tempiasnya?
Kepada empunya diri yang benar-benar mengharap redha Mu, Ya Rabbi.

Dia hampir menangis di hentian bas itu. Dia malu. Malu!
Tidak tahukah mereka, secebis kain yang menutupi wajah itu, tujuannya tidak mahu dipandang.
Tidak mahu dipandang ajnabi. Tidak mahu menggetarkan iman sesiapa. TIDAK MAHU!
Wajah disebalik secebis kain itu hanya ingin rahmatNya. Hanya ingin kasihNya!

"Muslimah, jika kau tahu apa maksud disebalik purdah ini. Mengapa kau menonjolkannya."
"Muslimah, jika kau tahu betapa mahalnya secebis kain ini, kenapa kau oleskan matamu seperti pelakon wayang?"
"Muslimah, jika mahu menjaga hati dan imanmu, kenapa kau biarkan lelaki melihat wajah cantikmu di alam maya? Melihat kecantikkan yang hanya menampakkan matamu bersama celak tebal di alam maya?"
"Muslimah, jika benar kau mahu menjadi seperti isteri-isteri nabi, kenapa secebis kain ini tidak bisa menghalang mu dari bergurau besar dengan lelaki?"
"Muslimah, aku mohon, bukan kau seorang sahaja yang berpurdah, aku juga. Jika aku menjaga purdah ini sebagaimana aku menjaga purdahmu, kenapa kau tak boleh berbuat demikian?"
"Muslimah, fahamilah sebenar-benarnya maksud secebis kain ini. Mohon."

Perit dirasakan. Mahu saja dia bersujud disitu, menangis, meluahkan saja kepada Yang Esa.
Dia hanya mahu mereka semua tahu, pakaian itu juga melambangkan harga diri.
Tetapi akhlak, dan niat, menjadi taruhan pertama. Jika murah niat dan akhlak, jatuhlah saham pakaian. Dan vice versa.

"Adik, bas ke Maluri sudah sampai. Cuma beritahu takut adik tak perasan," suara lembut itu menyedarkan lamunan gadis itu.

"Allahuakbar, terima kasih ya kak." Kata-kata itu dibalas dengan senyuman manis.

Terbanglah engkau duhai lamunan. Lamunan bersama tangisan dihati. Moga mereka diberikan taufik dan hidayah. Semoga aku kekal istiqamah dengan jalan ini. Aku mahu rempit, ke syurganya!




Nothing Much Than You . Thanks (:

0 hati berbunga: